SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID UBUDIAH FELDA SG NEREK

Thursday, 2 January 2025

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN

 📸 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍

𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐏𝐊𝐊/𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 📸


Alhamdulillah pada 2 Jan 2025, selepas solat maghrib diadakan majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Peperiksaan UPKK & SPM.

Turut diadakan penyampaian sedikit saguhati kepada semua calon UPKK dan SPM.

Saguhati disampaikan oleh Pengurus FELDA Sg Nerek, En.Muhammad Anis dan Pengerusi JPKK Felda Sg Nerek En.Sapian.

Terima kasih pihak masjid ucapkan kepada semua yang dapat menjayakan majlis kita pada hari ini dan kami memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan dalam mengendalikan majlis malam ini.

InshaAllah,kita berjumpa lagi pada majlis akan datang,marilah kita sama-sama memohon keberkatan dan ketenangan buat anak-anak kita.


*Semoga usaha dan doa kita diberkati oleh Allah SWT.* 


#masjidubudiahdihati

#masjidkita

#feldasungainerek













No comments:

Post a Comment