SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID UBUDIAH FELDA SG NEREK
Showing posts with label birokebersihan. Show all posts
Showing posts with label birokebersihan. Show all posts

Saturday, 4 January 2025

GOTONG-ROYONG MENGECAT BILIK MESYUARAT

 


FELDA SUNGAI NEREK, 4 Januari 2025 (Sabtu) - Biro Kebersihan dan Keceriaan Masjid Ubudiah Felda Sg Nerek telah mengadakan Gotong-royong bagi mengecat bilik mesyuarat dan sekitarnya.


Gotong-royong bermula pada jam 8.30 pagi dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang turut hadir serta ahli kariah yang membantu.












Pihak masjid mengharapkan sokongan dan dokongan dari semua ahli kariah bersama-sama dapat membantu agar Masjid Ubudiah Felda Sg Nerek dapat menyediakan prasarana serta memberikan keselesaan yang terbaik buat seluruh ahli kariah.

Semoga ahli kariah terus bersama sentiasa menyokong segala program dan aktiviti-aktiviti masjid yang akan dilaksanakan.


#masjidubudiahdihati

#masjidfeldasungainerek

#maufen

#feldasungainerek



Tuesday, 24 December 2024

GOTONG-ROYONG PERDANA 2024


8 Februari 2024,Khamis - Gotong-royong Perdana yang dianjurkan Biro Kebersihan dan Keceriaan Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek bersama masyarakat Felda Sg Nerek membersihkan kawasan luar dan dalam masjid bermula 8.00 pagi.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh yang terlibat menjayakan gotong-royong pada hari ini. Semoga Allah membalas jasa baik tuan puan semua dan menerima segala amal kebaikan kita. Aamiin3x Ya Rabb 🤲.

#masjidubudiahfeldasgnerek
#masjidgemilangmasyarakatcemerlang
#feldasungainerek