FELDA SUNGAI NEREK, 4 Januari 2025 (Sabtu) - Biro Kebersihan dan Keceriaan Masjid Ubudiah Felda Sg Nerek telah mengadakan Gotong-royong bagi mengecat bilik mesyuarat dan sekitarnya.
Gotong-royong bermula pada jam 8.30 pagi dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang turut hadir serta ahli kariah yang membantu.
Pihak masjid mengharapkan sokongan dan dokongan dari semua ahli kariah bersama-sama dapat membantu agar Masjid Ubudiah Felda Sg Nerek dapat menyediakan prasarana serta memberikan keselesaan yang terbaik buat seluruh ahli kariah.
Semoga ahli kariah terus bersama sentiasa menyokong segala program dan aktiviti-aktiviti masjid yang akan dilaksanakan.
#masjidubudiahdihati
#masjidfeldasungainerek
#maufen
#feldasungainerek












No comments:
Post a Comment